Baiklah, tujuan post saya kali ini bukanlah nak mempoyokan diri dan menunjuk-nunjuk hasil pendapatan saya. Jika anda ambil dari sudut positif, sebenarnya perkara ini memberikan semangat kepada anda untuk menjana pendapatan dengan internet lebih dari apa yang saya dapat. Baiklah, perkara utama yang saya nak bincangkan kali ini adalah bagaimana anda nak hasilkan pendapatan pasif dengan jual ebook seperti yang saya buat ini step by step.
Langkah 1: Kaji Pasaran
Anda hendaklah mengkaji dahulu niche permintaan yang selalu diminta oleh orang ramai di pasaran. Cara nak mengkaji permintaan adalah, anda boleh post dan bertanyakan sesuatu di forum atau facebook. Terdapat banyak forum-forum di Malaysia ini. Antara forum yang paling popular adalah forum WangCyber.com. Anda boleh buat kajian disana. Mengikut pemerhatian saya, antara niche yang paling banyak di minta oleh orang ramai adalah niche buat duit di internet. Selebihnya adalah seperti niche kesihatan, masakan, pendidikan, cinta, kekeluargaan dan sebagainya. Sebenarnya kata kunci utama disini adalah, Penyelesaian Masalah. Anda buat satu ebook bagaimana nak selesaikan masalah orang tersebut.
Langkah 2: Mula Menulis Ebook
Apabila anda dah dapat niche yang permintaan tinggi, buat rancangan untuk menulis ebook. Kepada yang belum kenal ebook itu, disini saya terangkan sikit. Ebook adalah singkatan daripada elektronik book. Ebook ini adalah produk jenis digital dimana apabila anda beli, anda hanya perlu download file yang dibeli melalui email. Format ebook adalah dalam format PDF dan jarang sekali ada ebook dalam format exe. Saya nasihatkan jika anda nak tulis ebook, tulislah di Microsoft Words 2010 dimana ia dapat tukar kepada format PDF dengan pantas apabila anda anda ingin menyimpanya apabila dah siap.
Langkah 3: Platform Jualan Berkesan
Apabila anda dah sipakan ebook anda dan dah simpan dalam bentuk PDF, anda sebenarnya dah boleh menjualnya. Tetapi bagaimana nak menjual? Cara untuk menjual ebook paling berkesan disini adalah anda hendaklah mendapatkan sebuah minisite. Saya cadangkan, jika anda ingin dapatkan sebuah minisite, anda hendaklah dapatkan MinisiteMudah. Ministe ini memang disegaja reka khas untuk yang tiada pengetahuan coding-coding untuk membina sebuah minisite. Apa yang anda cuma perlukan adalah beli software tersebut dan mula membina sebuah minisite yang anda idam-idamkan. Nak tahu kelebihan sebuah ministe? Baca sini. Jika anda nak saya tolong setupkan sebuah ministe untuk anda, boleh hubungi saya. Semua teknikal dan design ministe saya buat. Anda cuma perlu tunggu siap dan jual.
Langkah 4: Prelaunch
Sebelum anda benar-benar sedia untuk menjual, anda hendaklah membuat prelaunch dulu. Prelaunch ini adalah dimana fasa untuk anda kutip testimoni dan berikan ebook kepada beberapa orang sahaja untuk direview dan testimoni. Testimoni adalah sangat penting kerana kepercayaan bakal pelanggan anda itu lebih tinggi. Bila dah cukup testimoni, barulah anda mula start menjualnya kepada orang ramai dan mula lakukan startegi besar-besaran untuk dapatkan hasil yang lebih.
Langkah 5: Strategi Pemasaran
Jantung perniagaan adalah pemasaran. Tanpa pemasaran berkesan, bisnes anda mungkin jatuh kerana tiada siapa kenali perniagaan atau produk apa yang anda jual. Bila tiada siapa kenali perniagaan anda, maka pelanggan pun tiada. Salah satu pemasaran yang saya suka lakukan adalah pemasaran pinjaman. Atau orang selalu sebut adalah affiliate. Anda gunakan affiliate untuk mempromosikan produk anda kerana ia satu kelebihan untuk anda. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mempromosikan ebook anda. Anda hanya tunggu jualan masuk dan berikan komisyen kepada affiliate anda. Mudahkan?
Cara kedua adalah anda mengumpulkan email list. Bagaimana nak mengumpul email list? Caranya anda hendaklah mendapatkan satu email autoresponder. Kepada newbie, saya sarankan anda dapatkan email autoresponder dari emalmatik kerana ia sekali bayar sahaja seumur hidup dan ia setaraf dengan email yang selalu otai-otai internet guna seperti AWEBER. Walaupun sekarang dah ramai usahawan guna fanpage dan SMS sebagai pemasaran berkesan, tetapi pemasaran email juga masih lagi menyengat. Jadi, jangan lupa untuk kutip email list. Ingat, pepatah Inggeris ada berkata, “Money is In The List”.
Itulah tips-tips yang dapat saya kongsikan bagaimana langkah-langkah untuk jana pendapatan melalui ebook dengan berkesan.
loading...
0 komentar:
Post a Comment